Sesuatu gambar dianggap sempurna jika langsung tidak mempunyai sebarang kecacatan.Seorang fotografer yang baik mampu mengenalpasti kecacatan dalam gambarnya yang mungkin bagi orang lain, mereka menganggap gambar tersebut cantik. Apakah kecacatan yang dimaksudkan?
i) Exposure - Gambar yang baik ialah di mana pendedahan cahayanya cukup..tak terlalu terang dan tak terlalu gelap.Kalau lihat pada histogram, seperti bukit.Untuk mendapatkan 'perfect exposure' kita perlu mahir menggabungkan shutter speed+aperture+iso...formula yang popular ialah set aperture f16 kemudian shutter speed=nilai iso..yg juga dipanggil sunny 16 rule..cth: f16 + iso 500 + 1/500. Bila guna flash pula,masalah yang selalu timbul ialah bila 'harsh' iaitu subjek kelihatan berminyak, nampak terlebih terang sedikit.
ii) Komposisi - Tengok dalam frame 4 segi kita. Lihat kedudukan subjek yang ingin kita ambil..itulah yg akan keluar dlm pc kita nanti.Untuk mengelakkan distortion (simtom lonjong) perlulah 90ยบ kedudukan kamera dan juga badan..senang ckp jgn dr atas atau dr bawah le..ambil dr tengah.Kecacatan yang biasa dilihat ialah horizontal yang tidak dijaga..senget..Kalau nak senget biar senget betul..jangan senget seolah-olah kita kepala kita begitu..haha.Cropping pun kena jaga..jangan alih-alih hujung jari terpotong..hujung siku terpotong la..
iii) Background - Kecacatan yang biasa berlaku, background yang semak,serabut..kadangkala ada tiang/pokok tumbuh dari kepala. Mungkin masa ambil kita tak perasan.. masuk pc baru nampak..alamak..photoshop le jawabnya.. Begitu juga 'blending' iaitu subjek dan background sama warnanya sehingga kelihatan bercantum. Background perlulah kemas.. kosong lagi bagus.Keep it simple!
iv) White Balance (WB) - Ini berkait rapat dengan warna kulit.Pastikan warna kulit betul(skin tone).Jangan terlalu merah atau terlalu biru.Selalunya AWB bekerja dengan baik tetapi bila kita perasan WB lari, pandai-pandai la adjust ye..
v) Gambar Tidak Sharp - Asas yang amatlah perlu untuk dijaga, tahan nafas ketika menekan shutter, stabilkan kedudukan kaki,tangan serta kamera, selain itu rule of thumb yang boleh diguna ialah nilai shutter speed perlu sama atau lebih dari focal length..contohnya jika focal length 200mm maka shutter speednya ialah 1/200 (full frame) atau 1/320 (aps-c).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan