Jumaat, 1 April 2011

Abah...

Hujung minggu yang lepas, aku pulang ke kampung halaman kerana rasa rindu menebal di dalam hati ni haa... Rindu kat mak dengan abah lama dah tak jenguk mereka berdua. Jadi sambal bual-bual masa kat ruangan dapur anak saudara aku snap gambar ni ( Abah ). Abah, manusia yang banyak memberikan aku segalanya :



Wajah Abah yang kian di mamah usia...



Walau Abah merokok namun aku tidak begitu...



Gelagat Abah, mencuit hati anak-anak dan cucu-cucunya...



p/s : Aku ingin berpesan pada semua, selagi kita diberi peluang untuk melihat, bergembira dan apa sahaja bersama yang digelar ibu dan bapa, jadi hargailah mereka ini. Jika sekali peluang ini di ambil Allah, tangisan pun tidak berguna. Jadi baik atau buruk perwatakan ibu dan bapa kita biarkan saja, apa yang penting menjadi anak yang soleh dan soleha lebih bermakna. Renung-renungkanlah.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan