Sabtu, 9 April 2011

Apa itu Exposure?

Pengenalan Kepada Exposure

Exposure juga dikenali sebagai dedahan cahaya. Exposure yang terlalu tinggi menyebabkan gambar akan menjadi terlalu cerah (overexposure) manakala exposure yang rendah menyebabkan gambar yang korang ambik menjadi gelap (underexposure).

Bagaimana Mengawal Exposure?

Seperti yang aku dah terang pada entri lepas, exposure boleh dikawal dengan 3 cara iaitu melalui shutter speed, aperture dan ISO. Untuk permulaan, aku akan terangkan macam mana nak kawal exposure supaya exposure gambar seimbang.

Exposure Meter berbeza mengikut model kamera

Kalau korang perhati gambar di atas, korang akan nampak nombor dari -4,-3,-2,-1,0,1,2,3,4. Setiap nombor mewakili tahap exposure yang berbeza. Jika exposure berada pada -1,-2,-3,-4, imej atau gambar yang korang ambik gelap dan sebaliknya jika exposure berada pada 1,2,3,4, imej akan terlalu terang. Untuk mendapat gambar yang seimbang tahap exposurenya, pastikan anak panah berada pada 0.
Sekarang ambik kamera korang, cuba main-main ngan shutter speed dan aperture. Anak panah akan bergerak kalau korang ubah shutter speed dan aperture.
Sekarng korang tengok imej kat bawah tue, 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan.

kiri:underexposure | tengah:normal exposure | kanan:overexposure


p/s : Haa...Ape lagi gi lah bermain-main dengan kamera korang tue. Lebih banyak exlpore, lagi banyak yang korang dapat dan cepat pandai.. Hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan