Apa itu Bokeh?
First, bokeh tiada kaitan langsung dengan bongek..hehe. Bokeh berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud kabur atau ‘blur’. Dalam fotografi kita kenali sebagai Out Of Focus (OOF). Bokeh yang kena pada tempatnya boleh menjadi unsur “WoW” pada sesuatu gambar. Ada 2 cara untuk menghasilkan bokeh iaitu :
- Gunakan aperture yang rendah ( f1.8, f2.8 ).
- Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.
Kepentingan Bokeh
Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah, berbokeh-bokeh..hehe..
p/s : Haa... Lpas ni dah bleh cuba-cuba untuk buat bokeh yang korang asyik tertanya macam mana nak wt tue... Selamat mencuba dan banyak kan practise yepp... Insyallah akan berhasil...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan