Rabu, 27 April 2011

Break Your Boundaries

Mari study benda baru, kalau setakat ada adobe photoshop tak kira version mne pon dalam lappy korang, tak guna juga kalau tak explore cukup-cukup kan... Meh buat sesuatu yang kreatif, mcm gambo nie... Meluncur di atas jalan raya, haa hairan kan... Namun begitulah, nk jadi designer haruslah kreatif dan berfikiran diluar kotak.... Ok..






Mari blajo step-step nya, cm ne nak wt cam kat atas nie...










Finaly, haa ni lah hasil nye klau setelah korang follow cara-cara kat atas...





Selasa, 26 April 2011

DIGITAL SKIN


PERSONAL VERSION





COUPLE VERSION







MADE OF WOOD

Penyatuan alam dan manusia.. Begitu eratnya manusia dan alam ini, seperti yang di dalam gambar yang telah dimanipulasikan oleh salah seorang pereka yang bermain dengan Photoshop sahaja...



 Genggaman utuh

 Ketahanan..

Saling memerlukan...




Rabu, 13 April 2011

Melukis Dengan Cahaya

1. Set ke mode manual, set aperture kepada f10 dan keatas, ISO serendah yang boleh (contoh : 100)

2. Setkan slow shutter speed seperti 10 saat atau 20 saat bergantung kepada objek yang hendak dilukis. Pastikan exposure meter berada pada 0 atau 1.

3. Gunakan tripod atau letak di tempat yang stabil untuk elak "camera sahake".

4. Tekan shutter.

5.Lukis objek atau apa-apa je yang korang rase nak lukis menggunakan sumber-sumber cahaya seperti lampu suluh , handfone, lighter dan sebagainya yang bercahaya. Pastikan korang lukis ikut masa shutter speed. Kalau korang set 20 saat, korang habiskan lukisan korang dalam masa 20 saat.

6. Tengok hasil kat kamera korang, adjust shutter speed dan aperture sampai korang dapat hasil yang korang nak dan yang menarik. Kat bawah nie ada contoh lukisan cahaya yang dihasilkan.












Ahad, 10 April 2011

10 Tips Penjagaan Kamera


Bila dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu korang patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah korang beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang korang laburkan untuk beli kamera. Kadang-kadang aku sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah lelaki kan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah banyak berabis untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti rosak sendiri jugak yang susah. Walaupun aku guna Canon 1000D jee.. Hehe
Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang mahal sensitif pun ada. So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini aku nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.
1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..
3. Elak terkena air
Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.
7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.
p/s : Sayangilah kamera DSLR atau kompak korang macam korang sayang kat diri sendiri... Hehe


Sabtu, 9 April 2011

Panduan Memilih Exposure Mode

Exposure mode adalah di antara setting yang paling penting pada sesebuah kamera, membolehkan korang memilih setting yang sesuai dengan subjek/situasi yang nak korang shot. Mode-mode exposure yang biasa terdapat pada DSLR atau kamera kompak ialah:
  • Auto
  • P
  • A/Av (Canon)
  • S/Tv (Canon)
  • M
Selain mode-mode di atas, korang boleh perhatikan terdapat mode exposure yang ada icon-icon kecik (scene mode) yang mana aku takkan explain sebab tu semua mode automatik. Setiap exposure mode ada kegunaan nya tersendiri, mcm yang aku cakap tadi, bergantung kepada subjek atau situasi. Kalau korang baca kat web atau blog fotografi lain, memang boleh buat karangan, panjang berjela explanationnya. Tapi kat blog ni aku cuba ringkaskan supaya korang mudah faham. Dipendekkan cerita:
Auto
Kalau korang pakai DSLR, diharamkan pakai mode ni, kamera ribu-ribu tapi pakai auto, baik pakai compact je..hehe
P (Programmable)
Sama je macam auto, kamera akan set aperture dan shutter speed secara automatik, yang bezanya dalam mode ni, korang masih boleh ubah-ubah shutter speed dan aperture (dalam mode auto, korang tak dapat nak adjust apa-apa setting). Lepas korang shot, kamera akan adjust balik secara automatik setting korang tadi.

A/Av (Aperture Priority)

Korang boleh adjust aperture sesuka hati dan kamera akan sesuaikan shutter speed secara automatik. Sesuai untuk semua jenis situasi. Kalau shot potrait, kecikkan nilai F (cth: f1.8,f2.8) untuk dapat efek blur, untuk landskap, naikkan nilai F (f9, f10) supaya semua objek terfokus. Biasanya otai-otai pakai mode ni dalam kebanyakan shot diorang.
S/Tv (Shutter Priority)
Berlawanan dengan A mode, S mode membolehkan korang mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera secara automatik. Biasan digunakan dalam sport photography dimana kita nak ‘freeeze’kan pergerakan.

M (Manual)

Dalam mode manual, korang boleh control kedua-dua shutter speed dan aperture.  Sesuai digunakan dalam keadaan cahaya yang constant atau tidak berubah-ubah, macam kat dalam studio. Kalau dah pakar tu, guna kat mana-mana pun boleh.

p/s : So lepas ni korang main-mainla dengan exposure mode, tengok mana yang korang rasa mudah nak kawal. Ada yang suka pakai A mode macam aku ni dan ada yang suka pakai manual terus.


Apa itu Exposure?

Pengenalan Kepada Exposure

Exposure juga dikenali sebagai dedahan cahaya. Exposure yang terlalu tinggi menyebabkan gambar akan menjadi terlalu cerah (overexposure) manakala exposure yang rendah menyebabkan gambar yang korang ambik menjadi gelap (underexposure).

Bagaimana Mengawal Exposure?

Seperti yang aku dah terang pada entri lepas, exposure boleh dikawal dengan 3 cara iaitu melalui shutter speed, aperture dan ISO. Untuk permulaan, aku akan terangkan macam mana nak kawal exposure supaya exposure gambar seimbang.

Exposure Meter berbeza mengikut model kamera

Kalau korang perhati gambar di atas, korang akan nampak nombor dari -4,-3,-2,-1,0,1,2,3,4. Setiap nombor mewakili tahap exposure yang berbeza. Jika exposure berada pada -1,-2,-3,-4, imej atau gambar yang korang ambik gelap dan sebaliknya jika exposure berada pada 1,2,3,4, imej akan terlalu terang. Untuk mendapat gambar yang seimbang tahap exposurenya, pastikan anak panah berada pada 0.
Sekarang ambik kamera korang, cuba main-main ngan shutter speed dan aperture. Anak panah akan bergerak kalau korang ubah shutter speed dan aperture.
Sekarng korang tengok imej kat bawah tue, 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan.

kiri:underexposure | tengah:normal exposure | kanan:overexposure


p/s : Haa...Ape lagi gi lah bermain-main dengan kamera korang tue. Lebih banyak exlpore, lagi banyak yang korang dapat dan cepat pandai.. Hehe


3 Asas Fotografi

Inilah 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu Shutter Speed, Aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang atau terlalu gelap dan apa sahaja yang akan merosakan hasil gambar. Shutter Speed, Aperture dan ISO mempengaruhi Exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada Exposure.

Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO

Shutter Speed

  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.

Kesan pengunaan shutter speed 


Aperture
  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.

Nilai F dan bukaan Aperture

ISO/ASA
  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.

Kaitan antara ISO dan "noise"



 p/s : Inilah 3 benda yang dah memeningkan kepala aku masa mula-mula pertama kali menjejakan kaki ni dalam kelas Photography kat kolej. Namun akhirnye sekarang dah ok pasal bab-bab ni, sekarang aku dah kongsi pula ilmu yang aku dapat ni ngan korang... Harap dapat kebaikan bersama...hehe




Apa itu Bokeh?


Apa itu Bokeh?
First, bokeh tiada kaitan langsung dengan bongek..hehe. Bokeh berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud kabur atau ‘blur’. Dalam fotografi kita kenali sebagai Out Of Focus (OOF). Bokeh yang kena pada tempatnya boleh menjadi unsur “WoW” pada sesuatu gambar. Ada 2 cara untuk menghasilkan bokeh iaitu :
  1. Gunakan aperture yang rendah ( f1.8, f2.8 ).
  2. Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.
  3. Kepentingan Bokeh
    Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah, berbokeh-bokeh..hehe..









p/s : Haa... Lpas ni dah bleh cuba-cuba untuk buat bokeh yang korang asyik tertanya macam mana nak wt tue... Selamat mencuba dan banyak kan practise yepp... Insyallah akan berhasil...